Header Ads

Cacing Dalam Sardin Cetus Kebimbangan Netizen. Ini Tindakan KKM...


Sejak kebelakangan ini viral gambar dan video di media sosial sebuah produk makanan tin ikan sardin yang didakwa mengandungi cacing mencetuskan kebimbangan para pengguna di negara ini. Produk keluaran dari negara China itu kebanyakannya menjadi kegunaan rakyat Malaysia kerana ia murah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa dua produk sardin yang diimport dari China iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC telah diarahkan ditarik balik dari pasaran kerana dua produk sardin tersebut mengandungi bendasing iaitu sejenis cacing, nematoda daripada Genus Anisakis spp. 


Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd kerana produk yang diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983. Jika didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, maka tindakan penguatkuasaan akan diambil.




Sumber : OhBulan

FACEBOOK kimskinhq

No comments

Powered by Blogger.
a