Header Ads

"Cincin Dari Kekasih,Belum Rancang Tunang" - Akui Nelydia Senrose.


Baru-baru ini, perkongsian gambar sebentuk cincin oleh Nelydia Senrose mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon cantik itu bakal berkahwin.

Nampaknya kisah cinta pelakon itu bukan lagi rahsia apabila Nelydia Senrose mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz.

Bagaimanapun, pelakon tersebut menafikan cincin tersebut sebagai signal dia sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka berkenaan.

“Cincin itu memang pemberian dia tetapi saya tidak bertunang mahupun dirisik lagi. Buat masa ini hubungan kami masih lagi baru, doakan yang baik-baik,” katanya kepada Utusan Online.

“Dalam mana-mana hubungan juga memang saya harapkan akan berakhir dengan perkahwinan. Sebab itu belajar daripada pengalaman saya tidak mahu terlalu bercerita mengenainya,” ujarnya.










Sumber : Utusan Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a