Header Ads

'Dah Nasihat,Tapi..' - Kecoh Gambar Cium Anak Tersebar,Ini Dia Respon Pedas Kazar.


Pelakon,Kazar Saisi mengakui sekeping foto cium melibatkan anaknya bersama seorang sepupu lelaki merupakan suatu tindakan salah.

'Itu gambar Ira dengan sepupunya, Haffiz yang juga anak pelawak Helmi Gimmick. Hubungan mereka terlampau rapat. Tapi saya sedar perbuatan yang dilakukannya itu tetap salah,” kata pelakon Kazar Saisi ketika diminta mengulas gambar anak perempuannya yang tular di laman sosial itu.

Ira mendapat kecaman netizen selepas memuat naik gambarnya bercium dengan lelaki di laman Insta Story miliknya, minggu lalu.



“Saya tidak tahu pun mengenai gambar itu kerana jarang mengikuti Instagram miliknya.Walaupun mereka sepupu tetapi perbuatan Ira memuat naik gambar seperti itu tetap salah,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya memang sudah menasihatkannya supaya menjaga nama baik saya dan keluarga tetapi nampaknya dia mencetuskan kontroversi sekali lagi,” katanya.

Bagaimanapun, kata Kazar, dia tidak cepat melatah dengan kecaman netizen pada anaknya itu.

“Sebagai bapa, saya lebih kenal anak saya macam mana.

“Saya boleh terima teguran secara berdepan. Sebab itu saya suruh netizen datanglah ke rumah dan tengok sendiri bagaimana rapatnya hubungan kami sekeluarga,” katanya.






Sumber : Harian Metro. 
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a