Header Ads

Dia Jadi Jutawan Pada Usia 18 Tahun Dengan Hanya Jual Iphone, Sass Kongsi Pahit Getir.


Kalau nak diceritakan mengenai gadget pastinya dikalangan tersebut rata-ratanya adalah dari golongan remaja yang meminati telefon pintar dan media sosial pada zaman sekarang.Namun,telefon pintar yang telah popular  di kalangan remaja adalah jenama Iphone. Memang tidak asing bagi golongan remaja pada masa kini..

Bagaimanapun, golongan remaja suka memilih dan menempah jenama iphone di halaman Instagram dan media sosial.Rata-rata golongan remaja sangat suka memilih instagram yang popular di laman media sosial seperti sass.gadget.Pasti ramai yang mengetahui intagram tersebut, bukan?

Tidak kurang hebatnya pemilik sass.gadget iaitu nama sebenarnya Syed Ahmad Bin Syed Salim, remaja yang berusia 21 tahun ni telah tercetusnya idea dan terdetiknya ingin memperkenalkan pada semua orang tentang perniagaannya iaitu sass.gadget.Perkongsian oleh Sass Syed melalui laman facebooknya mungkin boleh jadi renungan dan inspirasi.Lelaki ini berjaya membina empayarnya sendiri dari berkat seorang ibu dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.

Apabila ditanya mengenai nama sass.gadget datangnya idea nama tersebut dari namanya sendiri.Permulaan, bermulanya perniagaan gadget ni, pada usianya 18 tahun.

"Mula usia saya 18 tahun sewaktu ayah saya meninggal dunia .Dari situ saya terasa itu adalah satu tanggungjawab yang berat yang perlu saya pikul dan saya nekad kena hidup berdikari" katanya pada KS.

Namun, yang pastinya dia merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradiknya. Sewaktu lepasan SPM, Syed juga akui pernah bekerja dengan orang. Pada mulanya dia berjinak menceburi perniagaa burger uncle bob selama 4bulan sahaja. Akhirnya gagal.Sambil belajar sambil berniaga sewaktu itu.Untuk bangkit semula beliau telah diberi idea dari kalangan rakan-rakannya juga.Cabaran dan dugaan yang ditempuhi beliau sangat banyak.



"Start uncle bob saya mula dengan modal 5k.Pacak kat Milon Serdang.Masa tu saya belajar. Siang belajar malam baru niaga part time.Masuk bazar ramadhan,rugi..masuk pasar malam pula. Itu pun tak menjadi.yang mencabar saya ada abang kawasan datang pau kami pulak.Banyak betul dugaan masa tu."katanya kepada KS.

Namun, Syed juga selalu diperlekehkan oleh cikgu-cikgunya.Pernah sewaktu dibangku sekolah.Syed akui pernah dibaling kertas oleh cikgunya sendiri dan terkena dikepalanya.Sangat-sangat menyedihkan sewaktu itu.Pada detik itu juga Syed mula bangkit dan yakin pada diri untuk buktikan pada orang ramai suatu hari pasti akan Berjaya.

"Selalu berangan cakap kat cikgu waktu sekolah lagi,cita-cita saya akan buka perniagaan nama sass sdn.bhd. Akhirnya tercapai juga dan sekarang saya memiliki 5 cawangan,Alhamdulillah.."akuinya.

Tapi yang paling menyeronokkan bagi beliau juga adalah dapat membawa emak kesayangannya menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir ramadhan.Ini telah menjadi pelonjak bagi adik sass mencapai impian pertamanya.Malahan,dia juga akui duit yang pertama yang digunakan adalah bawa emaknya ke umrah hanya pada ketika berusia 19 tahun. Alhamdulillah orang cakap rezeki tak pernah salah alamat bukan. Terbukti adik sass mencapai kejayaan dengan usaha titik peluhnya sendiri.

Bagaimanapun,bukan itu sahaja dia telah membuktikan kejayaannya pada keluarganya. Malahan yang paling mengembirakan adik sass juga dapat melihat kejayaan dari pekerjanya sendiri dengan usaha mereka juga.Mereka boleh memiliki kereta dan moto yang mewah bagi mereka. Wow! Menarik bukan.

Sass.gadget juga bukan platfrom untuk membeli gadget sahaja. Malahan ia juga boleh membekalkan supplier iphone kepada perniaga-perniaga diluar sana.Mudah bukan? Sesiapa yang berminat untuk join perniagaan Sass.gadget ni. Boleh lah layari instagram Sass.gadget.







No comments

Powered by Blogger.
a