Header Ads

'Dipaksa Buka Tudung Dan Ditipu Duit' - Pahit Getir, Yuna Kongsi Kisahnya Sebelum Berjaya.

Kini berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai antara kebanggaan rakyat Malaysia. Ramai yang menjadikan wanita berkarisma ini sebagai idola.

Namun, disebalik kejayaan Yuna di negara besar tersebut, tidak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka. Jarang sekali Yuna kongsikan kisah peribadinya kepada umum apatah lagi suka duka yang dialaminya sebelum berjaya.

Menerusi Insta Story, Yuna memberikan ucapan terima kasih buat pengurus peribadinya Wawa, yang masih setia bersamanya sehingga ke hari ini walaupun pelbagai cabaran ditempuhi sebelum Yuna mencipta nama di US.

Bukan itu saja, Yuna dan pengurus peribadinya itu juga pernah ditipu dan kerugian wang ringgit.Yuna juga turut kongsikan suka duka apabila dia pernah dipaksa buka tudung jika ingin menjadi artis syarikat rakaman. 

Rupanya masih ada insan yang sudi membantu untuk melihatnya berjaya.





Sumber : Oh Bulan.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a