Header Ads

'Kalau Tak Tunjuk Kata Saya Propa, Saya Bukannya Berbogel' - IfA Raziah

Semalam,viral di media sosial video yang berdurasi selama 5saat menunujukkan Ifa Raziah mempromosikan satu produk pelangsingan.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah apabila Ifa kelihatan berpakaian ketat sehingga menampakakn bentuk tubuh dengan ketara.Video tersebut pada mualanya dimuat naik di instagram storynya sendiri.

Menurutnya sendiri dia sengaja dimuat naik kerana ingin membuktikan dirinya sudah kurus dan bukan menggunkan teknik suntingkan.

"Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

"Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

"Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.Kalau yang menonton video 'live' saya pada waktu berkenaan,pasti tahu"katanya.

"Pada hari video dirakam, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14, Selasa lalu. Jadi, anak, keluarga dan peminat hadir memberikan kejutan.

"Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan rakam video itu. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.

"Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?" katanya.

 

Sumber : Harian Metro.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a