Header Ads

'Kata Dah Mohon Maaf,Ishhhhhh.. Ingat Mulut Ja Jahat' - Che Ta Bengang,Zaihani Tentang Isu Berat Badan Lebih '60kg' Dibangkitkan.


Nampaknya kontroversi membabitkan nama pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain masih belum berakhir walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Keadaan menjadi panas kembali apabila pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta telah memuat naik satu screenshot komen yang terdapat nama Zaihani di dalamnya menerusi akaun Instagramnya.

Screenshot berkenaan telah menunjukkan Zaihani membalas komen salah seorang pengguna akaun Instagram yang menggunakan nama @syomsz, mengenai individu yang telah menyebarkan screenshot status Zaihani berhubung isu berat badan melebihi 60kg diminta untuk tidak menghadiri majlis pertunjukan fesyen.

Menurut komen yang diberikan oleh @syomsz, dia berkata individu yang telah menyebarkan screenshot status Zaihani itu sebenarnya yang jahat dan pengulas fesyen ini pula menjawab komen tersebut dengan berkata bahawa pengurus kepada Che Ta adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan screesnshot statusnya.


Dalam pada itu, Zaihani juga turut menyatakan supaya pengurus pelakon popular itu di ‘ban’ oleh semua ‘stylist’ jika dia ingin membuat pinjaman baju untuk artisnya.

Rentetan daripada hal ini, Che Ta menerusi kapsyen di perkongsiannya telah meluahkan rasa marah dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaihani yang meminta untuk pengurusnya di ban.

Semakin panas dan tegang nampaknya isu kontroversi yang melibatkan Zaihani ini. Apapun harap segala salah faham dapat diselesaikan dengan baik.






Sumber: Instagram Rozita Che Wan
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a