Header Ads

"Leher Hampir Putus Akibat..", Lelaki Maut Angkara Hutang.


Angkara hutang, seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila leher hampir putus akibat ditetak kenalannya menggunakan parang 'barong' dalam kejadian di Simpang Taman Warisan 4.

Serangan yang berlaku dalam kereta jam 1.25 tengah hari itu, menyebabkan mangsa Fazrin Ibrahim, 30, beralamat Kampung Tabanak, Jalan Silam, di sini, mati di tempat kejadian. Adik ipar mangsa turut cedera iaitu Hardisyam Saparuddin, 11, dengan beberapa jarinya cedera akibat ditetak suspek terbabit.

Difahamkan, selepas serangan itu, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala adik iparnya berada di sisi mangsa sambil menangis dalam keadaan berlumuran darah.

Orang ramai yang berada di lokasi turut bersimpati dan menenangkan kanak-kanak terbabit.





Sumber : Berita Harian

FACEBOOK kimskinhq


No comments

Powered by Blogger.
a