Header Ads

Neelofa Dikecam Teruk Lagi Sekali, Gara-Gara Promosi Ubat Tinggi Punya Pasal.


Jika sebelum ini Neelofa pernah mendapat perhatian gara-gara mempromosikan suplemen untuk bayi, kali ini pelakon ini sekali lagi mendapat perhatian gara-gara ubat tinggi. Umum mengetahui bahawa ubat tinggi adalah tidak berkesan jika seseorang sudah mencapai had tumbesaran tersendiri.


Bagaimanapun, post tersebut sudah pun dipadam namun sempat di screenshot oleh warga laman sosial yang berkesempatan melihat promosi berkenaan.

Tidak dapat dinafikan kecaman di laman sosial pastinya mempertikaikan mengapa Neelofa tergamak mempromosikan produk sedemikian namun mungkin juga Neelofa ada jawapan tersendiri.

Begitulah kisah di laman sosial yang sering terjadi setiap hari, bukan saja Neelofa malah ramai lagi sebenarnya yang turut mempromosikan produk sedemikian. Namun sebagai selebriti, sudah tentu setiap gerak geri menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai.






Sumber : Rotikaya
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a