Header Ads

'Ni Zaman Tokk Kadukk Mana Ni?? Shotting Menunggu Orang Plekss" - Siti Elizad Naik Berang,Pelakon Apa Ni??

Sebagai individu yang bertanggungjawab kita perlulah memberi kerjasama agar semuanya berjalan dengan lancar.Apatah lagi jika urusan melibatkan ramai pihak.

Dalam urusan seharain kita,apa yang paling penting adalah menepati masa.Pelakon,Siti Elizad menerusi laman twitternya meluahkan rasa begang dengan seorang pelakon yang terlewat beberapa jam ke set penggambaran.

Namun dengan kelewatan tersebut shooting menjadi tergendala dari pukul 8. Siapakah pelakon tersebut yang dimaksudkan Siti Elizad tu?

Menurut Elizad lagi, dia tidak pernah berhadapan dengan situasi itu dan hanya boleh memaafkan individu tersebut jika lewat satu jam.

"Lewat satu jam boleh lagi nak dimaafkan. Sebabkan dia seorang lewat, semua benda jadi lambat. Sepatutnya kena ada di set pada pukul 8 pagi tapi dia sampai kul 12 tengah hari. Mana saya tak naik hantu tunggu lama."

"Sedangkan dalam satu hari boleh dapat lebih 18 babak tapi dah tengah hari ini satu babak pun tak dapat nak buat lagi," kata Elizad kepada mStar Online.

Elizad diminta mengulas mengenai status kemarahannya terhadap seseorang yang datang lewat hampir empat jam ke set penggambaran di laman Twiiternya.

Tambah pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia bertambah marah apabila pelakon tersebut datang dalam keadaan tidak bersiap dan belum menghafal skrip.





"Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi."

"Dia bukanlah pelakon utama untuk drama ini tapi kenalah hormat masa orang lain juga yang boleh datang awal. Bukan untuk pelakon sahaja. Mana-mana yang tak reti hormat masa orang lain itu, sila kerja sendiri."

"Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu."






























Sumber : Mstar Online dan Elizad official.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.
a