Header Ads

Nostalgia Misteri Tahun 1990! Kisah Kemalangan Jalan Raya 4 Artis Terkenal..

Apabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 1990, nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang berlaku pada tahun yang sama.

Pada 18 Jun 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded. Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan.




Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain dalam kereta tersebut ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.

Pada 19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyi Azmeer (kini pencipta lagu) dan Ramlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun. Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam.



Kedua-dua kemalangan tersebut sememangnya tidak dapat 'menandingi' tragedi yang berlaku lebih awal pada 21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali.

Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:beliau bergelar penyanyi popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "hidup semula"



Sumber : Arkib Negara.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a