Header Ads

Pelajar Malaysia Maut Di Bali, Tragedi Berpunca...


Seorang pelajar Malaysia di Universitas Udayana, Bali meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Indonesia. Dua lagi rakan mangsa yang juga warganegara Malaysia dan sedang bercuti di Bali, turut cedera dalam kemalangan itu.

Mayat Mangsa akan dibawa pulang ke Malaysia hari ini. Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, berkata keluarga mangsa yang tiba jam 7.30 malam tadi sedang menguruskan perkara itu bersama pihak kedutaan.


Motosikal yang ditunggang Tharshine merempuh sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan, kira-kira 6.45 petang waktu tempatan. Menurut sumber ketika kejadian, V Tharshine, 24, pelajar tahun akhir jurusan perubatan di universiti itu bersama 2 rakannya sedang menunggang 2 motosikal dari Karangasem, Bali ke kolej kediamannya di Denpasar.

Manakala seorang daripada rakan Tharshine yang membonceng motosikalnya, dilaporkan kritikal dan dirawat di Rumah Sakit Umum Pusat Sanglah, Denpasar. 




Anak bongsu daripada 3 beradik yang berasal dari Sri Muda, Shah Alam itu difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber : Berita Harian

FACEBOOK kimskinhq

No comments

Powered by Blogger.
a