Header Ads

Penderitaan Nurliyana Berakhir...


Pemergian Nurliyana telah mendapat liputan ahli keluarga yang turut berkongsi khabar ini kepada umum. Nurliyana Abdul Raziff berusia 32 tahun dilaporkan telah menghembus nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Nurliyana penghidap penyakit Teroid ini telah lama menderita akibat terdapat satu kelenjar di bahagian depan leher. Sudah tentu rakyat Malaysia ingin mengikuti perkembangan pesakit teroid ini, dia telah bertarung penyakit ini sejak 2016 lagi.


Selepas pembedahan buat kali pertama, dia terpaksa dibedah sekali lagi bagi membuat saluran pernafasan. Ini kerana dia mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida dalam badan tinggi. Difahamkan juga tekanan darah Nurliyana menurun sebelum menghembus nafas terakhir.



"Kami masih menunggu proses bagi menuntut jenazah untuk urusan pengebumian dan selepas semuanya selesai, jenazah akan dibawa pulang ke rumah saya di Banting, Selangor."

Al-fatihah dan salam takziah buat Nurliyana dan ahli keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang - orang beriman. InshaAllah.

Sumber : Metro

FACEBOOK kimskinhq

No comments

Powered by Blogger.
a