Header Ads

'Rindu Bukan Untuk Zizan' - Mira Filzah Nafi Dakwaan Luah Perasaan Rindu Pada Zizan Razak.

Ungkapan 'Don't miss me okay, love? yang dimuat naik pelakon dan pengacara Mira Filzah di Instagram Stories (IG Stories) miliknya, Jumaat lalu bukan ditujukan kepada pelawak, Zizan Razak.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, menegaskan status itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

"Status itu bukan untuk Zizan. Kami hanya berkawan biasa saja.

"Buat masa ini saya juga tidak ada apa-apa yang mahu umumkan mengenai hubungan dengan sesiapa kerana fokus kini adalah kerjaya," katanya ringkas.

Gelagat pasangan itu mencuri perhatian pengikut mereka di laman IG apabila Zizan yang juga pelakon filem Abang Long Fadil 2 memuat naik status berbunyi 'sure i miss you sweet heart' di IG Stories miliknya.


Ia sekali gus menguatkan lagi gosip bertebaran di laman sosial mengenai status hubungan mereka.

Biarpun mengakui hubungan terjalin sekadar teman biasa, Mira yang juga Ikon Ariani bagi Ariani Luminous Lebaran 2018 menyifatkan Zizan seorang lelaki baik.

"Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi kalau boleh saya memang tidak mahu cerita sama keluar banyak kali," katanya.







Sumber : Harian Metro 
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a