Header Ads

"Saya Menjerit Kesakitan Dan Dalam Masa Yang Sama Saya..."


"Malang tidak berbau", inilah nasib seorang suri rumah yang cedera di bahagian kaki kiri akibat disengat seekor lipan ketika sedang mengemas dapur di rumahnya. Mangsa, Noor Nizah Amir tidak menyangka di sebalik mop yang dipijaknya itu terdapat seekor lipan.

Justeru, Noor menasihatkan orang ramai tidak memandang ringan kes-kes yang melibatkan sengatan serangga berbisa kerana jika tidak dirawat, dapat memudaratkan dan membawa maut. 




"Suami saya keluar dengan segera untuk melihat keadaan saya. Saya meminta suami untuk periksa bahagian bawah singki untuk melihat serangga apa yang menggigit kaki saya." 

"Rupa-rupanya seekor lipan yang panjangnya 5-6 inci, setengah inci lebar. Kesan gigitannya sangat sakit dan tak terkata pada waktu itu."


"Alhamdulillah hari ini kesakitan itu sudah reda, cuma kesan gigitan itu semakin bengkak dan kegatalan sedikit. Semoga kita sentiasa berhati-hati."


Sumber : The Reporter

FACEBOOK kimskinhq

No comments

Powered by Blogger.
a