Header Ads

'Sorry Tak Perasan' - Muatnaik Gambar Bentuk 'Anu',Ismail Izzani Beri Penjelasan...


Nampaknya setelah beberapa hari mendiamkan diri akhirnya penyanyi remaja yang menimbulkan kontroversi kerana sehelai seluar, Ismail Izzani buka mulut dan menerangkan apa yang terjadi sebenarnya apabila seluar dipakai nampak bonjola sesuatu yang kurang senang untuk dilihat.

Melalui Harian Metro, Ismail menjelaskan dia sebenarnya langsung tidak menyedari tentang isu tersebut sehingga ia viral dan hangat diperkatakan.

Bagaimanapun selepas isu ini timbul, Ismail segera memadam gambar tersebut dan tidak mahu memanjangkan cerita lagi.

Menurutnya, selepas ini dia akan lebih berhati-hati apabila ingin memuat naik gambar di media sosial untuk mengelakkan kontroversi sebegini berlaku lagi.


Walaubagaimanapun, Ismail terus berfikiran positif dan menganggap lama kelamaan ia akan dilupakan.

“Saya tidak menyedari gambar itu ada sesuatu tidak kena dengan seluar dipakaikan ketika berkongsinya di Instagram.

“Selepas isu terbabit timbul saya segera memadamkan gambar itu.

“Saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara ini. Lagi pun, lama-kelamaan, orang akan melupakannya,” katanya kepada Harian Metro.





SUMBER : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a