Header Ads

Suami "Hilang", Ibu Sarat Hamil Mohon Bantuan Netizen.


Persiapan menyambut orang baru akan dibuat sehabis baik untuk mengelakkan kekalutan di kemudian hari. Namun, tidak bagi semua bakal ibu, ada juga yang resah memikirkan tarikh bersalin yang semakin hampir apabila mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab.

Proses kehamilan adalah fasa yang dinanti-nanti oleh seorang wanita apatah lagi jika ianya untuk kali pertama. Sudah pastinya keterujaan tidak dapat dibendung. Seorang wanita berkongsi kisahnya yang dirundung malang walaupun sarat mengandung.


Wanita tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa risaunya memikirkan berkemungkinan bersalin dalam masa terdekat tanpa persiapan menyambut anaknya itu. Dia merayu sumbangan orang ramai untuk menderma baju bayi terpakai kepadanya yang sedang sarat mengandung.



Menurutnya, si suami sudah menghilangkan diri semenjak di berbadan dua. Tambah mengharukan dia sendiri adalah anak yatim dan tiada tempat bergantung.

Jika segelintir netizen tetap berkeras mahu bersedekah dalam wang ringgit, dia meminta netizen menyelitkan sumbangan di dalam kiriman. Dia juga bertegas untuk hanya menerima kelengkapan bayi sahaja dan bukan wang ringgit. 


Selain itu, dia dituduh mungkin menipu dan menjelaskan jika benar dia menipu, sudah tentu dia meminta duit dan bukan baju serta kelengkapan bayi. Dia juga terpaksa tidak mendedahkan alamat dan nombor telefon untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku demi keselamatan.

Sumber : OhBulan

FACEBOOK : kimskin

No comments

Powered by Blogger.
a