Header Ads

Tersentuh Hati! Lelaki Ini Kongsi Detik Pilu Di Mahkamah Bila Banduan Muka Ganas Akhirnya Ibu Dia Datang Peluk Dan Menangis.


Kisah Benar : Lelaki ini meluahkan detik semasa di mahkamah dan suasana pilu bila seorang banduan akhirnya dijatuhkan hukuman bersalah.Dengan luahan rasa hati seorang lelaki ini membuatkan orang ramai tertarik.

Kalau kat Mahkamah, benda yang paling aku elak sekali untuk tengok adalah ketika habisnya kes, ahli keluarga berkerumun pergi ke arah kandang dan berjumpa tertuduh yang berpakaian banduan.

Waktu tu, air mata, hingus hidung, teriakan dan tangisan semuanya boleh dilihat daripada dua-dua belah pihak.

Yang paling aku tak boleh tengok, apabila ibu dan tertuduh menangis sambil peluk dengan badan mereka bergetar-getar menahan tangisan. Sedih gila wooo..

Muka gengster macam mana pun, kau tokey dadah besar mana pun, kau bunuh orang banyak mana pun, tapi bila mak kau menangis sambil peluk kau, hilang terus title taiko kau dan air mata dah tak fikir lagi nak mengalir keluar.

Banyak kali dah aku tengok peristiwa macam ni. Muka ganas gila. Ada parut kat mata kesan bergaduh kena libas dengan pedang samurai. Tangan bertatoo naga.

Tapi.. Bila ibu dia datang peluk dan menangis, terus jadi macam budak hilang mak kat shopping mall.

Kalau benda macam ni berlaku, memang aku terus keluar court laju-laju lah. Tak sanggup tengok. Kang dengan aku-aku pun menangis sambil peluk mak dia.


Itulah gunanya keluarga. Banyak mana pun kawan-kawan dan keliling pinggang ramai awek,

Akhirnya keluarga juga orang yang terima kita waktu susah. Mak dan ayah kita juga terima kita dalam keadaan berbaju banduan dan banyaknya pertuduhan jenayah kita di mahkamah.

Mereka takkan hirau bau badan masam, bau baju hanyir dan ketiak busuk kita waktu kita peluk dia. Yang penting, mereka dapat peluk kita dan sentiasa bersedia untok menerima kita,

Walau jahat mana pun diri kita ni.


Sumber : Mufarwa Farid.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a