Header Ads

1MDB bukan lagi di bawah "Akta Rahsia Rasmi"


12 MEI 2018: Selepas ini segala siasatan 1 Malaysia Development BHD (1MDB) tidak lagi diletak dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklafikasikan dibawah akta ini .

Kerajaan sebelum ini telah meletakkan segala siasatan dan audit berkaitan dengan 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi yang mana pihak luar tidak dibenarkan mengetahui setiap perkara didalam audit 1MDB ini.

Sebelum ini laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016.

Namun, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA dan tidak pernah dibahaskan di Parlimen.

Menurut tun segala laporan berkaitan dengan 1MDB selepas ini akan dilaporkan kepadanya dan beliau akan menelitinya.

-Sumber Awani

Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a