Header Ads

5 Tips Untuk Menahan Diri Anda Dari Lapar Sempena Bulan Puasa Ini.

Sudah tiba masanya untuk umat Islam di seluruh dunia untuk menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia.

Namun anda jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda berpuasa sepanjang 30 hari ini.

1. Jangan terlepas sahur.


Bangun sahur adalah satu perkara yang agak sukar.Sahur juga memberi kita bekalan tenaga untuk mengharungi waktu berpuasa tanpa makan dan minum.Di sahur itu ada keberkatannya, walaupun sekadar hanya memakan sebiji buah kurma. 

2. Minum 3 gelas air kosong ketika sahur.


Sekurang-kurangnya kita harus meminum 3 gelas air kosong untuk memastikan badan kita tidak terhidrat sepanjang berpuasa. Lagi banyak lagi bagus tapi janganlah melampau sangat sampai 10 gelas.Perkara paling penting yang TIDAK harus dilupakan ialah meminum air kosong.

3. Tidur sekejap selepas Zuhur.


Sekiranya anda mempunyai masa terluang atau diberi sedikit kelonggaran oleh boss sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda mengambil kesempatan untuk tidur sekejap selepas solat Zuhur. Dapat tidur dalam 20 minit pun jadi.

4.Berbuka ala kadar.


janganlah kita makan kesemuanya sampai terlalu kenyang. Kalau boleh berbuka itu ala kadar sahaja. Nasi sepinggan beserta satu dua lauk pun dah cukup.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a