Header Ads

Akhirnya ! Mahathir Sah Menjadi Perdana Menteri Ke 7


Setelah banyak spekulasi, drama-drama yang berlaku pada hari ini, akhirnya Ketua Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Muhammad diangkat kembali menjadi perdana menteri ke-7.

KS ingin berbangga apabila negarawan ini menjadi pemimpin no 1 Malaysia kembali.

WaAllahi, Wabillahi Watallahi ! Lafaz sumpah dilepaskan dari mulut untuk menjaga negara, menjaga rahsia dan sebagainya.

Tahniah Tun Mahathir.
Jadi dengan ini bermakna naikkan sebuah kerajaan baru ! Pakatan Harapan menjadi peneraju 5 tahun akan bagi negara tercinta Malaysia.

Dengan ini juga bermakna Barisan Nasional menjadi pembangkang, pengkritik utama untuk 5 tahun akan datang.

Semoga negara kita makmur sentiasa.

Berikut KS kongsikan siapa Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin korang belum tahu

BIODATA TUN DR MAHATHIR

Nama: Mahathir bin Mohamad

Lahir: 10 Julai 1925

Pekerjaan: Doktor dan Ahli Politik

Beliau pernah memegang jawatan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri selama 22 tahun iaitu dari 1981 sehingga 2003.

Beliau adalah perdana menteri paling lama di Malaysia.

Setelah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau menarik diri dari aktif dalam dunia politik sehingga tahun ini .

Setelah 15 tahun berlalu, kini beliau kembali untuk mengembalikan balik kegemilangan Malaysia, membantu kembali pulihkan Malaysia.

Beliau ialah ahli umno dan meninggalkan umno seterusnya menentang Umno barisan Nasional dengan menyertai Pakatan Harapan.

Tahukah anda beliau adalah pelopor pembinaan KLCC dan juga Putrajaya. Selain itu beliau juga antara pemikir dalam pembinaan Litar Antarabangsa Sepang dan banyak lagi.

Apa yang lebih membanggakan ialah beliau akan mencatat sejarah dunia menjadi Perdana Menteri yang dianggat kali kedua setelah meletak jawatan di usia 92 Tahun.

Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a