Header Ads

Apa sudah jadi di PUTRAJAYA ? Dikatakan "KECOH" sehingga FRU melepaskan GAS Pemedih Mata


Kecoh di Putrajaya apabila dikatakan kedegilan hampir ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang membanjiri Persiaran Perdana di Putrajana untuk bersurai menyebabkan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) bertindak sehingga melepaskan gas pemedih mata.

Tindakan tersebut dibuat pada jam 3 pagi tadi setelah amaran dikeluarkan oleh pasukan keselamatan tidak dipedulikan oleh penyokong.

KS merasakan keterujaan pihak PH menyebabkan mereka tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan.

BACA : Pakatan Harapan golekkan Pemerintahan 60 tahun Barisan Nasional !

Difahamkan juga bahawa penyokong PH mula membanjiri kawasan itu sejak 10 malam dipercayai mahu berarak menuju ke Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Jumlah tersebut semakin bertambah sehingga menyebabkan keadaan menjadi luar kawalan dengan letupan mercun kedengaran di kawasan berkenan.

Oleh itu hampir semua laluan di kawasan berdekatan pejabat Perdana Menteri ditutup pihak berkuasa untuk mengawal keadaan.

Sumber keselamatan berkata, kebanyakan penyokong PH mula membanjiri kawasan berkenaan disebabkan penularan di media sosial yang mendakwa Putrajaya dikawal pihak tentera.

KS juga ingin mengingatkan kepada seluruh penyokong PH mahupun pembangkang agar bersikap patriotik dan tidak membuat sebarang kelakuan yang boleh menganggu-gugat keamanan negara !

Jadi pilihan raya sudah dibuat, sekarang masanya kita bersama-sama membaik pulih negara kita yang tenat dari pelbagai sudut. Ayuh sama-sama kita hulurkan tangan membantu dan menaikkan kembali Malaysia.

Sumber: Berita Harian / Harian Metro
Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a