Header Ads

‘Bangkit Bila Bankrap' - Fizo Omar Kongsi Kisah Pahit Getir Ketika Muflis.


Baru-baru ini, Fizo mendedahkan punca dirinya muflis mungkin disebabkan lupa diri dan mengambil remeh tentang amalan zakat.

Fizo kongsikan kisah pahit getir dan pengalamannya ketika muflis dalam sebuah buku ‘Bangkit Bila Bankrap’ dan belajar mengenai impak zakat dalam perniagaan.

Umum mengetahui pelakon dan usahawan muda Fizo Omar diisytiharkan bankrap pada tahun 2013. Namanya disalah guna sebagai penjamin bagi pinjaman RM2 juta tanpa pengetahuannya.

Namun ia tidak menjadi penghalang untuk dia terus bangkit dan berjaya. Baginya, setiap manusia sentiasa diberikan peluang kedua.

“Sekarang selepas Mariam masuk usia empat bulan baru buku itu dapat dilancarkan. Jadi pelancaran Bangkit Bila Bankrap sangat istimewa buat diri saya secara peribadi,” katanya kepada Harian Metro.

Baru saja dilancarkan, buku ‘Bangkit Bila Bankrap’ sudah pun terjual sebanyak 1,000 naskhah. Buku ini juga turut mendedahkan kisah bagaimana Fizo bangkit kembali membina empayar perniagaan dibangunkan sendiri.





Sumber : Harian Metro.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a