Header Ads

Bekas KP SPRM lapor diri di Pejabat Peguam Negara



15 MEI 2018: Sehari selepas mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir terus mengumumkan akan melakukan rombakan beberapa jawatan utama negara.

Antara jawatan yang menjadi sebutan untuk dirombak adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Peguam Negara.

Baru-baru ini Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meletak jawatannya dalam badan tersebut.

Beliau melepaskan jawatan tertinggi dalam badan tersebut selepas surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Hari ini Bekas KP SPRM itu dikatkana melaporkan diri di Jabatan Peguam Negara iaitu jabatan asalnya sebelum dipindahkan menjadi KP SPRM.

Tan Sri Dzulkifli, 50, dilantik semasa pemerintahan DS Najib bagi memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai pakar perunding integriti, Fakulti undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pihak media cuba mendapatkannya bagi menanyakan beberapa soalan bagaimanapun tidak berjaya.

Untuk makluman terkini, tidak dapat dipastikan apakah jawatan Dzulkifli di dalam Jabatan tersebut. Jadi KS ingin mengucapkan selamat bekerja kepada Tan Sri Dzulkifli.

-KakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a