Header Ads

Berpantang ajal sebelum maut, 5 nelayan terselamat hanya bergayut pada tong ikan di Laut

Benarlah kata orang pantang ajal sebelum maut! Ini kerana tong ikan menjadi penyelamat kepada lima nelayan selepas bot mereka tenggelan akibat kebocoran pada kedudukan 60 Batu Nautika dari Kuala Kemaman.

Semua mangsa ditemui selamat selepas lima hari hanyut dan bergantung kepada beberapa keping biskut dan air masak untuk kelangsungan hidup.

Empat nelayan itu, tekong bot, A Bakar A Rahman, 65; Alias Mamat, 54; Ibrahim Jusoh, 62 dan Sulaiman Kadir, 25, ditemui sebuah kapal yang dalam perjalanan menghantar bekalan di sebuah pelantar minyak, kira-kira jam 2 petang semalam.



A Bakar berkata, mereka yang berasal dari Kuantan keluar menangkap ikan pada 28 April lalu.
Katanya, dia dan awak-awaknya menyedari bot mereka mengalami kebocoran di bahagian enjin, kira-kira jam 5 pagi, 2 Mei lalu.

Enjin gagal dihidupkan dan kami tidak dapat mengepam keluar air yang memenuhi bot.

Menyedari kami dalam situasi bahaya, saya mengarahkan awak-awak supaya mengikat tiga tong ikan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Menurutnya, mereka terjun ke dalam tong ikan beberapa minit sebelum bot tenggelam sepenuhnya, kira-kira jam 11 pagi.

“Kami ketika itu berdoa dan berserah kepada Allah supaya kami semua selamat dan tidak berdepan dengan ombak besar.

Kami duduk di dalam tong ikan itu dan hanyut selama lima hari. Nasib kami sangat malang sepanjang hanyut, kami tidak berjumpa walau sebuah pun bot nelayan lain,” katanya.

A Bakar berkata, sepanjang hanyut, mereka hanya makan beberapa keping biskut dan minum air masak, tetapi bekalan terputus pada dua hari terakhir.

Apa boleh buat kami hanya mampu merayu kepada Allah dan doa kami akhirnya dimakbulkan apabila sebuah kapal menghampiri bot kami dan memberi bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pengkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Muhammad Rezal Kamal Bashah berkata, nelayan itu bernasib baik selepas terserempak kapal Nautikal Tanjung Puteri 4 yang dalam perjalanan ke sebuah pelantar minyak.

Katanya, kapal terbabit kemudiannya menaikkan semua nelayan yang kelaparan dan keletihan itu sebelum diberi makanan.

Kapal kemudiannya membawa nelayan itu masuk ke Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) sebelum dibawa ke Pengkalan Maritim Kemaman untuk diambil keterangan,” katanya.

Sumber: Hmetro Online
- http://www.kakishare.tv/

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a