Header Ads

Bersedia ! Ketua "REFORMASI" keluar tidak lama lagi !




Setelah 5 tahun dipenjara kerana dikatakan "meliwat" saiful bukhari akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan tahun ini !

Anwar Ibrahim dijangkakan akan keluar atau bebas daripada penjara pada 8 Jun 2018 menurut ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Tetapi ! Kejayaan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 ini memberikan khabar atau berita gembira kepada seluruh penyokong ketua reformasi ini.

Ia berikutan Perdana Menteri baru kita (Tun Mahathir) mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim telah mendapat pengampunan diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.

Ini telah disahkan oleh anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah.

Menurutnya mereka sedang melengkapkan beberapa dokumen sebelum DSAI dibenarkan keluar daripada penjara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang sedang menjalankan pemulihan kecederaan di Hospital Rehabilitasi Kuala Lumpur.

KS mendoakan agar kecederaan DSAI cepat pulih dan semoga membantu Malaysia ke arah kesejahteraan.

Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a