Header Ads

Biar Orang Kritik Saya Jangan Tangkap - Kata Mahathir



18 Mei: Nampaknya apa yang dijanjikan pakatan harapan iaitu ingin membiarkan rakyat bebas untuk mengkritik kerajaan ditunaikan.

Ini selepas kerajaan ingin mengkaji undang-undang yang digunakan bagi menghalang seseorang individu daripada mengkritik pemimpin negara.

Menerusi satu tweet Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau berkata.

"Saya tak setuju tindakan diambil daripada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Langkawi dilaporkan telah ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap keterlaluan terhadap Dr Mahathir dan agama Islam melalui Facebook.

Polis dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Menurut laporan, suspek yang ditahan pada Rabu, susulan laporan polis dibuat beberapa badan bukan kerajaan terhadapnya, akan direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.


FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a