Header Ads

'Bila Bertukar Kerajaan,Baru saya tahu siapa kawan dan lawan' - Luah Farid Kamil.


Ramai selebriti tiba-tiba muncul menyatakan sokongan.Hal ini turut dirasai oleh Farid Kamil yang suatu ketika dulu disisihkan rakan-rakan gara-gara menyokong pembangkang.

“Diakui memang ramai rakan menjauhkan diri. Baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Dari situ, jelas menunjukkan apa yang saya impikan dari segi perubahan dalam negara tidak mendapat sokongan rakan rakan dan orang sekeliling”

“Malah, selama ini saya langsung tidak menyedari mereka sebenarnya tidak menyokong saya. Namun, apabila kerajaan bertukar, mereka secara tiba-tiba mengirim ucapan tahniah. Kalau tidak cakap perkara betul, takkan ada perubahan berlaku,” jelasnya kepada Harian Metro.

Beberapa selebriti dikritik hebat kerana didakwa lalang dalam menyatakan sokongan kepada kerajaan. Turut mendapat tempias tersebut, Che Ta dan Wak Doyok yang kini aktif memuji ke langit pemerintahan Tun M.




Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a