Header Ads

Buat laporan supaya NAJIB dan ROSMAH tak boleh "LARI", hukuman 20 tahun penjara kalau bersalah


14 Mei 2018: Najib razak bagai diserang machine gun apabila beliau tidak habis-habis diserang oleh rakyat bahkan orang-orang kenamaan.

Dari kata-kata makian, cacian sehinggalah pelbagai tohmahan dilempar kepadanya. Tidak cukup dengan serangan peribadi itu. Beliau juga diugut dari pelbagai sudut.
Baca Terkini : (Terkini) Ketua Pengarah SPRM "LETAK JAWATAN" hari ini
Terbaru seorang bekas pengarah risikan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat satu laporan berhubung dakwaan perbuatan jenayah serta suhabat yang didakwa menghalang siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib berkaitan dengan isu Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1MDB.

Beliau mengatakan bahawa laporan polis dibuat supaya ada tindakan daripada pihak SPRM menyiasat sekaligus memastikan supaya Najib dan "kroni-kroninya" tidak dapat melarikan diri.

"Tindakan perlu diambil sebelum mereka sempat lari dan sebab itulah laporan berkenaan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini dibuat hari ini.

Seksyen tersebut digunakan untuk salah guna kuasa yang menghalang dirinya (Najib) sebagai perdana menteri daripada tindakan undang-undang dan menghalang pasukan khas yang menjalankan siasatan dahulu serta meminta Najib untuk istihar hartanya sama ada di dalam atau luar negara dan meminta isteri, anak yang disyaki atau mengetahui memiliki harta," katanya.

Beliau turut meminta institusi kewangan untuk memberi maklumat berkaitan dengan segala harta DS Najib.

Dan harta ini dibandingkan dengan emolumen yang sah, bila ada perbandingan dan jika ada perbezaan harta, maka harta berlebihan itu perlu diperjelaskan oleh Najib.

Seandainya beliau didapati bersalah maka Najib boleh dijatuhkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan juga denda lima kali nilai harta yang tidak dapat diperjelaskan.

Sumber: Awani

-KakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a