Header Ads

'Come On Designers' - Maria Farida Dan Nabila Razali Didakwa Pakai Baju Ciplak Dari Satu Jenama Antarabangsa.


Golongan selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan.Tidak hairanlah apa jua yang disarungkan di badan mereka menjadi trend semasa oleh peminat masing-masing.

Namun,lain pula jadinya apabila fesyen yang sepatutnya diambil inspirasi dari idea sedia ada jika ditiru bulat-bulat.Tapi sebenarnya direka seorang pereka fesyen terkemuka,Nabila dan Maria Farida dikhabarkan telah dilihat memakai persalinan yang agak menyerupai satu jenama antarabangsa.

Dress hitam putih dengan hiasan kerawang dilihat mempunyai persamaan jelas antara satu sama lain yang dipakai oleh Nabila Razali.Apa yang lebih mencurigakan,pakaian rekaan pereka sama yang dipakai Nabila Razali ketika menghadiri satu majlis anugerah juga menyerupai jenama serupa.

Baru-baru ini,perkara ini ditimbulkan oleh akaun instagram pengkritik fesyen @i_knowfashion. Maria Farida dilihat memakai dress sendat off-shoulder dengan efek rambu ramba ketika pelancaran produknya.

Bagaimanapun,Dress rekaan seorang pereka tempatan itu dilihat mempunyai persamaan dengan dress jenama antarabangsa, Balmain.pereka berkenaan sepatutnya meminta pelanggannya membeli terus dari Balmain kerana ianya lebih mudah.



"Kenapa tak minta pelanggan beli saja dari Balmain. Senang kan? Dengan rekaan hampir sama, saya tak rasa ini adalah kebetulan. Ini sudah tentunya plagiarism.

Come on designers, tolong jadi bermaruah dan nyatakan kredit jika anda meniru dan mendapat inspirasi dari mana-mana pereka lain.

Bukan saja saya, ramai lagi peminat fesyen yang boleh melihat dan buat anda kantoi sekiranya anda melakukan peniruan sedemikian rupa."





Sumber : i_knowfashion. 
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a