Header Ads

Dilabel "Pengkhianat Negara", Bekas Ketua SPRM Maafkan Shukri Abdull



23 Mei: Semasa sidang media yang dibuat oleh Ketua SPRM Datuk Seri Mohd Abdull baru-baru ini beliau ada memetik dan mengatakan bahawa Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai pengkhianat negara.

Tan Sri Dzulkifli yang merupakan bekas SPRM berkata beliau memandang serius penyataan tersebut kerana ia merupakan satu tuduhan yang berat.

Sepanjang tempoh hampir 25 tahun berkhidmat di dalam perkhidmatan awam Malaysia, saya telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, profesional serta memberikan komitmen yang tinggi.

Dan saya sesungguhnya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai ‘pengkhianat negara’,” katanya Dzulkifli dalam kenyataan pada Rabu.

Namun katanya beliau sudah dihubungi oleh Mohd Shukri dan beliau telah memohon maaf daripada saya.

FB: Triherb

“Datuk Seri Shukri telah menghubungi saya pada pagi ini melalui WhatsApp dan sebagai seorang yang berjiwa besar, beliau telah memohon maaf kepada saya di atas kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap diri saya dalam sidang media tersebut semalam.

“Saya amat bersyukur dan berlapang dada untuk menerima permohonan maaf beliau dan kami berdua menyifatkan bahawa isu ini telah pun selesai,” ujarnya.



Kenyataan ‘pengkhianat negara’ dibuat Mohd Shukri pada sidang media pertamanya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Selasa.

Shukri berkata, beliau memohon persaraan awal pada 2016 dengan alasan mahu menyambung pengajian kerana tidak mahu berkhidmat di bawah Dzulkifli yang dianggapnya pengkhianat.

Beliau berkata, Dzulkifli kurang integriti dalam menjalankan siasatan skandal RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perlantikan semula Mohd Shukri selepas Dzulkifli memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan agensi itu.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.
a