Header Ads

Dua "KETUA MENTERI" disabah mengangkat sumpah, yang satu tidak mahu lepaskan jawatan



14 MEI 2018: Nampaknya pengerusi perhubungan Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman masih berkeras mengatakan bahawa beliau masih Ketua Menteri Sabah yang sah.

Ini berikutan beliau masih belum meletakkan jawatannya sebagai ketua menteri. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Afieza Khan beliau mengatakan bahawa:

"Harap maklum bahawa tiada yang berubah. Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan. Beliau masih ketua menteri yang sah"

Baca Terkini : (Terkini) Ketua Pengarah SPRM "LETAK JAWATAN" hari ini

Namun tiada lagi sebarang penjelasan yang begitu jelas mengenai isu itu.

Sebelum ini YAB Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri sabah pada 10 Mei 2018 pada sebelah malam setelah parti itu mengatakan mereka berjaya memperolehi majoriti mudah dengan memperolehi dua kerusi bergabung dengan BN.

Sebaliknya semalam Presiden parti Warisan sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri tersebut dan sekali gus menggantikan kerajaan gabungan BN dan star selepas mereka hilang majoriti mudah.

Shafie Apdal dilantik Ketua Menteri setelah beliau memperolehi majoriti mudah 35 kerusi apabila enam perwakilan BN berpaling tadah dan menyertai warisan. Ditambah kerusi yang dimenangi sekutu mereka PKR, DAP. -BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a