Header Ads

Jam Mewah Dirampas... Bekas Pengerusi Tabung Haji Dedahkan Perkara Sebenar

gambar sekadar hiasan


24 Mei: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada hari ini membuat satu kenyataan bahawa jam rolex yang dirampas oleh pihak SPRM kebanyakkannya adalah palsu.

Beliau yang merupakan bekas pengerusi tabung haji mengatakan bahawa jam tangan berjenama Rolex yang dirampas oleh SPRM semasa penyiasatan dibuat merupakan barangan tiruan gred "triple" A.



Dalam serbuan itu wang tunai berjumlah RM500,000 turut dirampas selain RM400,000 mata wang pelbagai negara termasuk dolar Amerika Syarikat, pound British, euro, rupiah, rufiyaa (Maldives) dan riyal (Saudi).

Turut dirampas kira-kira 20 jam tangan dan beberapa barang kemas.

"Saya tak boleh tunjukkan sijil jam tangan itu kerana kebanyakannya adalah palsu. Saya membelinya kerana ia kelihatan cantik dan berkongsinya dengan anak lelaki saya.

"Sudah tentu, ada beberapa utas jam yang tulen. Saya bekerja selama lebih 30 tahun jadi sudah tentu saya mampu membeli beberapa utas jam tangan tulen," kata Ahli Parlimen Baling itu.

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.
a