Header Ads

Hutang Negara RM1 TRILLION ? Tun M buat perbandingan Zamannya vs Najib



21 Mei: Menarik nafas panjang KS apabila mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan Hutang Negara.

Katanya "Nilai hutang negara kini sudah mencecah RM1 trillion dan ia memerlukan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh."

Tun M juga mengatakan bahawa kewangan negara kini sudah dicabul. Beliau mengatakan kerajaan menghadapi masalah dalam penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trillion dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mahathir juga membuat perbandingan dengan pentadbirannya suatu masa dahulu. Dimana hutang negara tidak pernah melebihi RM300 billion berbanding RM1 Trilion buat masa ini.



Beliau turut berkata, dalam menyelesaikan hutang ini mereka memerlukan satu usaha dan daya fikir yang tinggi dalam menghadapi cabaran ini.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak yang menjadi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sendiri untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah ini' katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya, hari ini.

Tambahnya badan perundangan, badan pelaksanaan dan kehakiman juga hendaklah diasingkan bagi menggelakkan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Malaysia adalah sebuah negara yang mampu menghadapi apa-apa cabaran jika berpegang pada prinsip berasaskan demokrasi katanya.

Ini dibuktikan apabila Malaysia boleh bertahan dan berjaya mengelak setelah sistem matawang negara diserang suatu ketika dahulu.

Sumber: Metro

No comments

Powered by Blogger.
a