Header Ads

Kalau Mereka Mewah Lebih-Lebih, Kita Terajang Mereka.” Anwar Nasihat Rakyat Pantau Wakil Rakyat Pegang Amanah



17 Mei: Semalam dalam pengucapan pertama Anwar dalam himpunan rakyat merdeka beliau mengingatkan supaya rakyat terus memantau wakil rakyat yang dipilih.

Kalau kita nampak mereka lebih gaya, menang terus nikah satu lagi, tukar kereta, beli apartment baru, kita lesing mereka!

Tapi kalau ada kekurangan tegur mereka. Kalau mereka mewah lebih-lebih, kita terajang mereka.

"Tapi untuk menteri-menteri, bukannya Tun M, katanya dalam nada berjenaka.

Ribuan penyokong tegar pakatan harapan memberi sorakan gemuruh dan ketawa selepas ketua umum PKR itu ber"punchline" di atas pentas.

Anwar juga memperingatkan rakyat supaya memberi setiap kepimpinan dan menteri yang dilantik Tun M ruang dan peluang untuk mereka menjalankan tugasnya.

Anwar juga dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau ingin bersama keluarga dahulu, berpuasa dahulu dengan keluarga selepas itu ingin melawat beberapa negeri dalam malaysia selain ingin ke luar negara bertemu rakan-rakannya.

VIDEO PENUH UCAPAN ANWAR IBRAHIM




FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a