Header Ads

'Kenapa Ada Berita Kata Saya Ada Teman Wanita' - Ini Respon Syed Saddiq Yang Sebenar,Girls Korang Boleh Tarik Nafas Dulu.


Semalam mesti ramai gadis yang berputih mata apabila foto Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ‘teman wanitanya’ tersebar di media sosial.

Terdapat juga laporan mengatakan bahawa pasangan tersebut akan berkahwin dalam masa terdekat ini.Pasangan itu kelihatan sungguh sepadan sekali membuatkan orang ramai memuji kedua-dua mereka.

Susulan itu, Syed Saddiq menerusi akaun Twitternya memuat naik ‘tweet’ mengenai perkara tersebut.

“Kenapa ada berita mengatakan bahawa saya mempunyai teman wanita dan bakal berkahwin?

“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sisten tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!” tulisnya.




Haa… nampak tu YB dah bersuara, nampaknya dia masih lagi ‘single’ jadi apa lagi korang???

Dalam pada itu,sempat menjengah ke ruangan komen untuk melihat apa reaksi netizen dan terhibur dengan komen-komen para wanita yang cuba mengambil hati ibu Syed Saddiq.

Ada juga komen mengatakan pernah melihat kelibat Syed Saddiq bersama teman wanitanya itu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).Macam ada sesuatu je,tak salah pun kalau Syed Saddiq mempunyai teman wanita, umurnya itu sudah pun melayakkannya untuk berkahwin.





Sumber: Twitter Syed Saddiq.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a