Header Ads

'Kerana Aku Seorang Perempuan' - Rita Rudaini Dedah Gambar Nikah Dengan Bekas Suami Di Gudang Beras Thailand.


Buat pertama kali dan secara eksklusif, pelakon Rita Rudaini mendedahkan foto perkahwinannya bersama bekas suami, Aidil Zafuan yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand menerusi buku bertajuk, Kerana Aku Seorang Perempuan yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya.

“Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya. Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu”

“Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid tapi takut ada orang yang kenal. Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya”

"Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati, saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah.Ramai yang tanya saya bagaimana nak jadi kuat, saya tidak mahu cerita banyak kali jadi saya luah semuanya dalam buku ini," ujarnya.

Tambahnya, dia yang mengenali pelakon tersebut sejak 20 tahun mengakui kagum dengan ketabahan wanita itu sebagai seorang yang cekal memperjuangkan nasibnya.

"Saya kenal dia sejak 20 tahun lalu dan ada bersamanya ketika dia berhadapan dengan pelbagai ujian.

"Dia boleh dikatakaan sebagai ikon wanita yang tabah dan semua saya tulis dari perspektif Rita sendiri. Tapi untuk mengelakkan mana-mana pihak terasa hati ada yang saya tidak kongsikan kepada pembaca," katanya.






Sumber ; mStar Online.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a