Header Ads

Kereta Terbakar, Pendakwah Terkenal Cedera Dalam satu Kemalangan



29 Mei : Pendakwah terkenal Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, kereta yang dipandu Mohd Izhar Ariff, 39, yang juga pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia, terbabas sebelum melanggar pokok dan terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Rosli Abdullah Sani berkata mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Kereta mangsa musnah 100 peratus akibat terbakar dan api dipadam sepenuhnya pada 9.17 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama.  



Beliau berkata bomba tiba di lokasi kejadian pada 8.48 pagi bersama tujuh anggota dan dua jentera bomba.

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.
a