Header Ads

'Kesiannya..Baby Lagi Kot' - Netizen Hetam Ajar Anak 6 Bulan Pakai Tudung,Ini Respon Pedas Lufya.


Pelakon Lufya Omar hanya mengambil maklum komen netizen yang mengatakan anaknya masih belum sesuai untuk bertudung secara positif.Dia memang sengaja memakaikan tudung anaknya yang baru enam bulan itu.

Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza kongsikan video pelakon Lufya Omar bersama anak perempuannya yang sangat sukakan lagu ‘Comel Pipi Merah.

Bagaimanapun,ia mendapat perhatian apabila ada seorang netizen yang mengkritik cara Lufya mengajar anaknya.

"Sebenarnya netizen salah faham, anak saya pakai tudung itu bukanlah seharian. Hanya untuk setengah jam sahaja.Saya anggap komen mereka itu secara positif. Mungkin mereka bimbang melihat anak kecil kepanasan pakai tudung.

"Tapi bagi saya, ia salah satu cara untuk saya didik anak awal supaya nanti apabila dia dewasa dah tak rasa kekok," kata Lufya kepada mStar Online.

Lufya kini kembali aktif dalam dunia seni selepas melahirkan bayinya pada 12 November tahun lalu.Dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja tawaran berlakon dan mengacara yang sesuai dengan imejnya.






Anak saya pun dah berusia enam bulan. Selain saya, ibu turut membantu untuk menjaganya. Jadi, tidak ada masalah untuk saya kembali aktif.Sekarang ini pun saya masih menantikan tawaran berlakon atau mengacara yang sesuai dengan imej saya.Kalau ada yang sudi, saya akan terima sahaja," katanya.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a