Header Ads

Khabar Angin Bakal Kahwini Agong, Nurul Izzah Dedahkan Bahawa....



30 Mei: Beberapa hari lepas keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ke istana.

Maka bertebaranlah khabar angin yang mengatakan Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dilamar oleh Agong.

Namun dalam satu temu bual Nurul Izzah dengan The Star, beliau mendedahkan bahawa itu hanyalah spekulasi yang timbul selepas baginda memberi pengampunan kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai tidak benar.



Tolong hentikan berita palsu ini. Terima kasih.

Ayuh kita fokus kepada kerja-kerja yang lebih utama, menyelamatkan ekonomi negara.

Khabar angin itu dikatakan mula timbul sejak awal bulan ini di laman sosial. Semuanya gara-gara Nurul Izzah sekeluarga menerima jemputan diraja oleh Agong untuk melawat baginda di Kelantan minggu lagu.

Mereka diterbangkan khas menggunakan jet peribadi yang turut menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen yang berpendapat perkara itu sebagai tidak patut.

No comments

Powered by Blogger.
a