Header Ads

Khayal! Ujian Urin Negatif Dan Dilepaskan,Ini Respon Uqasha Senrose Buat Masa Sekarang


Pelakon wanita popular,Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya semalam.

Memetik laporan polis,ujian air kencing yang dijalankan terhadap Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen,26 didapati negatif dadah dan kemudian dilepaskan sekepas keterangan direkodkan.

"Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia, manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. 

Media tempatan melaporkan Uqasha yang memandu kereta Range Rover terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Honda BRV yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail pagi tadi. 

Sementara itu, Uqasha yang dihubungi oleh pihak Kosmo tidak memberi sebarang maklum balas berhubung kejadian itu dan berjanji akan menghubungi mereka semula. 


"Saya akan hubungi semula," katanya. 

Terkini mendapati,Uqasha telah menutup ruangan komen dalam setiap postnya di Instagram.







Sumber : Kosmo
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a