Header Ads

Kita "TIDAK ADA" peguam negara kata Tun Mahathir ? Namun Apandi Ali tiba di pejabat peguam negara menjadi tanda tanya?



13 Mei 2018: Status peguam negara juga antara topik yang menjadi tarikan pada hari pertama bekerja hari ini.

Ini apabila kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini apabila beliau menyatakan bahawa

"Buat masa ini kita tak ada peguam negara, Kita sedang menimbang beberapa nama tetapi kita perlu mengkaji kesesuaian calon-calon itu"

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Tun Dr Mahathir yang mengetuai Pakatan Harapan menang pada pilihanraya ke-14

Namun pada hari ini kemunculan Tan Sri Mohamed Apandi Ali di bangunan pejabatnya di Jabatan Peguam Negara, kira-kira jam 8.30 pagi menimbulan pelbagai persoalan berkaitan status jawatannnya.

Antara persoalan yang timbul adakah beliau masih menjawat jawatan tersebut walaupun telah diumumkan oleh perdana menteri bahawa buat masa ini Malaysia tidak mempunyai peguam negara?

Pihak media ketika cuba mendapatkan jawapan terus daripadanya, namun beliau enggan untuk mengulas apa-apa. Beliau juga menolak untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir.



Sumber: Awani

-KakiShareKakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a