Header Ads

Lakar Sejarah Calon Termuda Baru Berusia 22 Tahun Sudah Bergelar YB, Siapakah?


Pilihan Raya Umum ke-14 melakarkan sejarah susulan penampilan calon termuda.Mesti ramai yang tidak ketahuinya,bukan? Prabakaran iaitu calon yang bertanding atas tiket bebas untuk merebut kerusi parlimen batu.

Kehangatan PRU yang disifatkan segala pilihan raya.Mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang,Prabakaran,22 berkata keputusan untuk bertanding untuk mengubah persepsi belia yang selama ini beranggapan dunia politik kotor dan tidak mengangkat suara generasi pelapis.

"Jika mendapat mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Batu,saya ingin mengusulkan cadangan menurunkan kelayakan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun,Selain mengangkat martabat belia yang sering terpalit dengan kancah masalah sosial"katanya.

Selaras agenda peremajaan dunia politik dirintis pelbagai parti politik.Proses penamaan calon seluruh negara menyaksikan calon berusia bawah 40 tahun turut bersaing.

"Saya yakin setiap calon ada kelebihan masing-masing,namun saya yakin dengan kekuatan sendiri dalam meraih undi susulan pelbagai maklum balas positif daripada masyarakat di sini"katanya.







Sumber : Internet
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a