Header Ads

Lim guan Eng ada kes di Mahkamah Tinggi .. Layakkah beliau menjadi MENTERI KEWANGAN ?



Pada hari ini diadakan satu sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Salah satu persoalan yang menarik untuk KS kongsikan adalah bolehkah Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan ? Ini selepas salah seorang seorang wartawan bertanyakan soalan berikut:

Wartawan: TUN, Seorang peguam mempersoalkan tindakan Tun melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, jadi adakah wajar Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ?

Jawapan kepada soalan tersebut adalah seperti berikut

Tun mengatakan Lim Guan Eng bukannya rasmi sebagai Menteri Kewangan itu hanyalah nama yang diberikan untuk mengisi jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Dalam ucapannya sebentar tadi beliau mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjadi Menteri Kewangan setelah beliau mengangkat sumpah untuk mengisi portfolio tersebut.

Untuk makluman pembaca, Lim Guan Eng mempunyai kes berhubung pembelian banglonya yang didakwa di bawah harga pasaran dan penukaran sebidang tanah.

Jadi kes dimahkamah tinggi ini juga belum diketahui keputusannya sama ada Lim Guan Eng bersalah ataupun tidak, maka status Lim sebagai Menteri Kewangan juga tidak boleh disahkan.

Setelah itu, wartawan juga menanyakan kepada Tun Mahathir sama ada Agong berhak ataupun tidak untuk mengampunkan Lim Guan Eng jika beliau didapati bersalah?

Ketua Pakatan Harapan itu mengatakan Agong mempunyai hak untuk itu, kalau Agong ingin mengampunkan dia berhak untuk berbuat demikian.


-KakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a