Header Ads

Memang Win! Lelaki Ini Kongsikan 10 Tips Beraya Di Rumah Mertua Untuk Yang Bergelar Suami.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setiap tahun. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Uniknya di Malaysia kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sangat meriah. Kebiasannya perniagaan-perniagaan yang kecil sehinggalah yang besar meski dikawal-selia oleh majikan yang bukan muslim akan memberikan cuti yang agak panjang untuk pekerja mereka.

Sebab itu di negara kita, ramai yang mengambil kesempatan aidilfitri ini untuk pulang ke kampung halaman bertemu dengan sanak saudara, berjumpa dengan rakan-rakan lama. Bila sudah berkahwin, kenalah bertolak ansur kan? Ada tahun beraya di kampung kita dahulu, ada tahun beraya di kampung pasangan kita pula.

Tetapi betul juga, kadang-kadang rasa janggal juga nak bina hubungan bersama dengan keluarga pasangan. Iyalah, waktu raya ni lah baru nak berkumpul ramai-ramai kan. Beberapa hari lepas kami telah membaca perkongsian Tuan Fdaus Ahmad di laman Facebooknya. Beliau telah kongsikan 10 tips berhari raya di rumah mentua.



1. Hadiah Untuk Mertua.
Hadiah ni tak perlu pun yang mahal-mahal. Cukup sekadar bagi hadiah yang dekat dengan pak atau mak mertua anda.

2. Buah Tangan.
Yang ni boleh fikir sendiri. Paling kurang belikan kain batik untuk mak mertua, kain pelikat untuk pak mertua. Kalau bajet ketat nak beli baju mahal-mahal, bawak balik 2 pakaian asas orang melayu tu. Tak ada siapa boleh lawan betapa hikmah dan bijaksananya anda.



3. “Jom naik dengan saya.”
Bila kita permudahkan orang lain, tentu orang itu akan sayang dengan kita.

Jadi, ini ayat yang anda kena biasakan pakai bila dengar sedara, pak mertua, mak mertua nak berjalan rumah siapa siapa masa hari raya. Bila sampai kampung, cari jalan parking kereta paling belakang. Lepas pelawa “jom naik dengan saya”, sambung lagi “kereta saya paling senang keluar tu haa”. Jadi tak ada alasan orang menolak.

4. Sediakan Toolbox Dalam Kereta.
Sediakan ‘car jumper’ dan advance toolbox dalam boot kereta siap-siap. Bila ada apa-apa hal kereta saudara-mara yang bermasalah, tawarkanlah perkakas yang anda miliki, sebab kebiasannya perkakas toolbox asas je tak cukup.


5. Banyakkan Mendengar.
Bila bersembang, banyakkan mendengar. Seeloknya jangan lead sesi borak tu. Biarkan flow dia orang lain yang kawal. Kenalpasti beberapa bantuan yang boleh anda tawarkan yang muncul dalam isu borak tu.

Tidak perlulah anda sahaja yang jadi hero, anda boleh juga beritahu kawan-kawan yang mungkin boleh tolong ikut portfolio masalah yang muncul. Contoh, borak tu cerita pasal nak cari apa-apabarang, kalau match dengan kenalan, baru anda bersuara;
“Saya ada kawan biasa buat benda ni, dia boleh tolong ni..”

Dalam masa sekejap kau jadi orang penting. Tapi janganlah sembang kosong pula, tunaikanlah harapan yang anda dah bina.


6. Sedia Membantu.
Keperluan persiapan tak cukup? Beritahu pada isteri kau (dan pastikan sedara mara ipar duai dengar apa kau cakap. Ok, gurau.);

“Awak tanyakan mak tu kot ada apa apa barang masak tak cukup? Abang nak keluar kejap ni alang-alang boleh beli sekali.”


7.Ambil Hati Anak Saudara.
Masa nak keluar tu, bawak anak anak sedara sekali, belikan gula gula atau air kotak. Benda simple.

8.Permudahkan Urusan Orang Lain.
In case kau tahu ada sedara mara nak keluar beli barang, dalam hal ni kau terlambat sebab deal dah orang lain tak charge, kau bertenang. Apa kau kena buat? Kau offer kunci kereta.

“Pakai kereta saya je senang bang, keluar terus je tu haa”



9.Dapur Bukan Tempat Orang Lelaki.
Tak payah nak menyibuk sangat kat dapur kalau tak ada keperluan. Banyakkan masa kat ruang tamu dan berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain.


10.Ambil Gambar.
Ni last, in case tak ada benda sangat dah kau nak buat, baru lah snap gambar gambar apa patut dan upload di Facebook, tag saudara ipar duai yang ada dalam friendlist, letak caption;

“Seronok betul sambut raya kat sini. Meriah, semua saudara best dan sempoi.”


Sumber : Internet
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a