Header Ads

Musa Aman "CABUT" Lari Ke LONDON, Namanya Turut Disenarai Hitamkan



26 Mei: Setelah pelbagai konflik yang berlaku di sabah. Contohnya konflik diantara Tan sri Musa Aman yang merupakan pengerusi BN Sabah ingin saman Yang Dipertua Negeri dan konflik tak nak turun tahta Ketua Menteri dan sebagainya.

Hari ini pula dilaporkan bahawa Musa Aman telah meninggalkan negara! Beliau lari ke lonton menurut satu laporan.

Ini selepas beliau dikehendaki oleh polis berhubung dengan isu di negeri itu. Beliau juga disenarai hitamkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun SPRM dalam satu laporan mengatakan bahawa Musa Aman sempat lari sebelum namanya disenarai hitamkan.

SPRM turut mengatakan bahawa pada hari rabu lalu, SPRM melancarkan serbuan ke kediaman Musa di Luyang tetapi tidak merampas apa-apa barang.

Isnin lalu, rumah presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga diperiksa dan beliau disoal oleh SPRM kerana  disyaki menerima RM20 juta supaya menyebelahi Musa semasa PRU14 lalu.

Sehari selepas PRU14 pada 9 Mei lalu,  Musa mengumumkan bahawa Star, yang memenangi dua kerusi Dun pada pilihan raya itu, telah mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang menang 29 kerusi, dan dengan itu membolehkan Musa membentuk kerajaan dengan majoriti mudah  31 kerusi.

Pada malam 10 Mei, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi dalam tempoh 48 jam kemudian, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri  selepas beberapa Adun BN menyertai Warisan dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan,  telah menang 29 kerusi.

Musa juga ketika ini sedang disiasat berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di mana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya.

Sumber- Sinar

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a