Header Ads

Musa Aman " KETUA MENTERI" paling "SEKEJAP" dalam sejarah Malaysia


Warna warni Pilihanraya Umum ke-14 semakin menarik apabila gimik politik di sabah yang begitu menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana pertembungan hebat diantara Warisan (Pro-Kerajayaan) melawan Barisan Nasional (Pembangkang).

Pada 9 Mei lalu, gabungan Warisan-PKR-DAP berjaya memenangi 29 kerusi berbanding gabungan BN-STAR yang memperoleh 31 kerusi.

Namun lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah dipercayai menyertai Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri.

Tindakan ahli undangan negeri ini menyertai parti warisan sabah menyebabkan Musa Aman yang baru sahaja mengangkat sumpah semalam terpaksa meletakkan jawatannya kembali.

Dan sebentar tadi Ketua Warisan Shafie Apdal mengatakan bahawa mereka telah memperolehi sebanyak 36 kerusi dan layak membentuk kerajaan negeri !

Maka jika benar keadaan ini berlaku ! Maka sejarah juga tercipta yang mana menjadikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri paling sekejap yang pernah wujud di Malaysia.

Kerana tidak sampai 24 jam beliau terpaksa melupakan jawatan tersebut !

*Kemaskini

12 MEI : Sudah 72 jam berlalu konflik politik di sabah masih lagi rancak berlaku. Terkini dilaporkan bahawa Ketua Menteri Sabah, TS Musa Aman mengadakan mesyuarat tertutup di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Ini bermaksud beliau masih lagi memegang tampuk kepimpinan yang sepatutnya diberikan kepada parti Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal.

Dalam mesyuarat yang diadakan oleh Musa Aman turut serta ialah setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Peguam Besar Negeri Zaleha Rose Pandin.

Didalam mesyuarat ini rata-rata pengamal media tidak dibenarkan masuk kecuali pengamal media daripada agensi RTM, Bernama dan TV3 sahaja dibenarkan masuk.

Warisan sepatutnya menjadi pemerintah negeri sabah apabila mereka mendapat sokongan dun bn yang lompat parti.

Berikut Komen Netizen





Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a