Header Ads

Najib nak buat sidang media ? Rakyat Ucap Terima kasih dan Bersiap Sedia untuk 1MDB


Kemenangan besar Pakatan Harapan pada kali bukan sahaja mencatat sejarah baru dalam arena Politik Negara tetapi sudah pasti membuat keresahan yang cukup dasyat dalam kalangan barisan tertinggi BARISAN NASIONAL (BN).

BACA : Pakatan Harapan golekkan Pemerintahan 60 tahun Barisan Nasional !
Memetik laporan dari portal berita Malaysiakini, wakil media Bekas Perdana Menteri Najib, Joan Lai mengatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengatakan satu sidang media berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada hari jam 11 pagi (khamis) hari ini.

Sidang media tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tambahnya lagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat melawat Najib di kediamannya malam tadi.

Namun rakyat pada masa yang sama mengucapkan Terima kasih kepada Bekas PM Malaysia ini atas kepimpinan beliau sebelum ini dan mahu pemimpin tersebut bersedia untuk siasatan 1MDB yang bakal membuka siasatan baru nanti !







Sementara itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan media sebentar tadi mengatakan beliau akan menaikkan kembali isu dan siasatan berkaitan dengan 1MDB yang telah membuatkan negara kita popular dengan ketirisan dan kekotoran sebelum ini .

Baca Juga : 10&11 May 2018 Malaysia CUTI !

Katanya dalam sidang media tersebut, rakyat memberi kepercayaan kepada PH untuk membuktikan ketidak telusan sebelum ini. Jika mereka gagal untuk menaikkan kembali isu ini bermakna mereka telah mengkhianati kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan .

Jadi KS sangatlah berharap bermula hari ini negara kita diadili dengan penuh ketelusan dari semua pihak. Semoga negara kita menjalankan satu sistem penghakiman yang amat telus dalam setiap perkara tidak kisah di sebelah pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Jadikan nanti informasi-informasi terkini hanya di Kaki Share !

Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a