Header Ads

Nak "MANSUH GST" ? Ambil masa lebih 100HARI



15 MEI: Seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan menerusi ketua mereka Tun Dr. Mahathir di dalam manifesto mereka akan hapuskan cukai barang dan perkhidmatan GST dalam tempoh 100 hari.

Namun, Majlis Penasihat Kerajaan mengatakan bahawa memansuhkan GST mungkin mengambil masa lebih lama daripada 100 hari yang dijanjikan dalam manifesto Pakataran Harapan.

Tetapi mereka menerusi wakilnya Tan Sri Zeti Aziz Akthar Aziz berjanji akan mendedahkan langkah dan tindakan yang diambil ke arah merealisasikan janji tersebut.

Zeti turut menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak akan menarik balik pemansuhan ini.

Katanya lagi 'Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari.. dan rakyat akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan.

Jadi KS ingin mengingkatkan masyarakat agar bersabar untuk sama-sama kita lihat proses pemansuhan cukai yang membebankan rakyat ini.


FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a