Header Ads

Nurul Izzah "SEBAK" Rakyat Nak Bayar Hutang Negara



27 Mei: Semalam Nurul Izzah keluar air mata apabila ditanya tentang perasaannya mengenai inisiatif rakyat Malaysia yang sanggup mengutip dana untuk membayar hutang negara yang kini didakwa mencecah RM1 Trillion.

Nurul Izzah berkata, beliau berasa amat berbangga apabila ada sekumpulan rakyat negara ini masih terbuka hati untuk cuba mendapatkan dana bagi membantu menyelesaikan hutang tersebut.

"Saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia pada masa ini...kita dilemparkan dengan pelbagai serangan, orang kata kita tak mungkin berubah, tak berani, tapi bukan sahaja 82 peratus, setengah daripadanya pengundi antara 21 hingga 39 tahun keluar mengundi.

"Ada pula yang terbuka hati untuk cuba meraih dana untuk membayar hutang. Kita nak cuba mengukur kehebatan sebuah negara bukan menerusi bangunan, tapi macam mana mereka bersedia untuk berkorban dan keprihatinan mereka (kepada negara)," katanya ketika temubual langsung bersama Sinar Harian pada Ahad.

Nurul Izzah dilihat tidak dapat menahan air matanya kerana dipercayai terharu dengan kesanggupan rakyat Malaysia untuk berubah dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau ingin orang awam tahu ada pihak yang berani melawan kerajaan yang mentadbir negara selama 60 tahun sebelum ini walaupun tiada jaminan akan menang.

FB: Triherb
"Saya masuk politik dan bertanding tu adalah cara saya nak berterima kasih kepada mereka yang mendukung kami dan perjuangan reformasi.

"Saya nak lebih ramai anak muda terlibat, maka saya amat teruja.. maaf sedikit emosi," katanya pada sesi temubual 'PRU14: Manifestasi kemarahan rakyat atau kesedaran pengundi'.

Pada sesi tersebut, Nurul Izzah antara lain menjawab tentang isu tujuan perincian hutang negara didedahkan kepada umum, janji manifesto Pakatan Harapan dan isu pemberhentian seramai 17,000 pekerja lantikan politik.

Sebelum ini, menteri kewangan, Lim Guan Eng memperincikan tentang bagaimana hutang negara sejumlah RM1 trilion itu dikira setelah dipersoalkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa tindakan kerajaan mengumumkan hutang negara lebih tinggi daripada angka rasmi telah mengejutkan pasaran kewangan.

Sumber: Sinar, mStar

No comments

Powered by Blogger.
a